Monday, March 4, 2013

sedutan simpulan novel ....



Sinopsis novel Kerana Terpaksa….Aku Relakan
-UMIE NADZIMAH

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Harlina musnah dengan sekelip mata.Dengan tiba-tiba dia menjadi anak gadis yang paling malang,sebatang kara dan tidak mempunyai apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan,rupanya Tuhan masih lagi
menyayanginya apabila Indah Harlina mendapat perhatian dan kasih saying dari seorang wanita terkaya dan terhormat,Dato’ Safiya.Tanpa sebarang alasan,Indah Harlina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih saying dan kemewahan bagaikan anak dari darah sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Harlina gadis kampung yang tidak mempunyai apa-apa  dan Tajul Razin, si dia yang punyai segala-galanya.Perhubungan yang pada mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

kalau layan abang mengantuk tapi kalau fasal kucing tu laju aje cakap.Dengan kucing pun boleh kata rindu, dengan abang tak kat pun?”-TAJUL RAZIN

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka,Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama.Kemunculan semula bekas tuning Indah Harlina dan si gadis serba sempurna,Ilyana makin merumitkan keadaan.Sikap ayah dan pakatan musuhnya juga membuatkan Indah Harlina tersepit untuk membuat sebarang keputusan yang terpaksa…

“Errrr……..Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh,kan?”-INDAH HARLINA

“Kenapa sebut adik perempuan aje?Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang Zen selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup abang.Tak sama ke angan kita?”-TAJUL RAZIN

p/s : terima kasih coz baca entry ini :D

No comments:

Post a Comment